Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang
pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji
surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya. Firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu,
dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh
tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita
baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya.
Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit
bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit buku yang tidak bersampul.
Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain
yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga
cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat.
Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya
diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
( Dipetik dari artikel Ustazah Fatimah Syarha)
Bagi diriku…walaupun pada awalnya aku teragak-agak untuk lakukan
perubahan namun akhirnya aku temui kekuatan itu disebalik beribu kisah, cerita
dan juga pengalaman diriku sendiri.... Puas sudah ku lalui kehidupan yang
'menyeronokkan'...kini aku terpanggil untuk berfikir dimana kesudahannya
sebelum AJAL ku datang menjemput....Untuk sekiannya juga aku tertarik dengan
penampilan Ustazah Fatimah Syarha yang penuh sopan santun.. manis tutur kata
…sangat sabar jiwanya...hidupnya penuh dengan dakwah...ingat
mengingati...berkasih sayang...kata-katanya penuh tarbiyah…penanya sentiasa
berdakwah…kesabarannya dalam melayani pertanyaanku sangat aku kagumi…walaupun
diri ini antara beribu insan yang mengharapkan tarbiyah…beliau tetap sempat
malayani pertanyaan ku dengan penuh indah dan penuh dakwah…Terima kasih Allah
kerana menemukan ku dengan Ustazah Fatimah Syarha ini…Aku tekadkan hati...ku
lakukan semua ini bukan kerana suami..bukan untuk mencari populariti....bukan juga kerana Ustazah fatimah Syarha...jauh
sekali untuk menyombong diri...tetapi ku tekad ku lakukan semua ini hanya kerana Allah!
'Tautan hati' salah satu karya tarbiyah dari Fatimah Syarha yang benar-benar menguji hatiku....'Sejauh mana dalamnya cintaku kepadaMu Ya Allah...' ....Barangkali
mungkin ada yang menganggap buku-buku cerita adalah suatu dunia khayalan…namun
bagiku tidak, untuk novel-novel karya Fatimah Syarha….setiap bukunya mempunyai
tarbiyah yang sangat tinggi dan sangat ‘mahal’ bagiku…dengannya hati terpaut
untuk terus membina diri dengan ciri muslimah sejati…denganya aku bangkit untuk
mencari cinta Ilahi….dengannya aku cuba membina sahsiah diri…..dengannya juga
aku menginsafi segala masa silamku…
Ya, mungkin bila ‘ku
bariskan’ perkataan masa silamku…ramai yang beranggapan …
'Hey! Ko pernah sampai berzina ke? Yang sampai nak berubah macam ni sekali?..'
'Berzina' dalam konteks nilaian hati-hati yang lalai mungkin di anggap zina menggadai diri ( terlanjur) walhal…tahukah dan sedarkah kita pengertian zina terlalu luas …

Zina mata - dengan melihat aurat yang tededah di
sana sini.... perlakuan cium, peluk, pegang tangan, membelai mesra, bertutur manja
(yang muhrim dengan yang bukan muhrim) dalam lakonan tv, bukankah itu mengundang zina mata? Jangan mudah menganggap yang haram itu biasa dek kerana dunia yang serba moden ini... 'mata' yang khusyuk
melayari internet dengan menghebahkan keburukan dan aib orang...tempat yang dijadikan luahan rasa marah dan menuduh itu dan ini....yang pasti jauh dari diri mengingati Ilahi..( Namun...Alhamdulillah bagi mereka yang suka kepada ilmu dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat buat penggemar Internet..dan juga tahniah bagi mereka yang saling ingat mengingati dan tegur menegur dalam perkara-perkara kebaikan...)
Zina telinga - yang mungkin sering mendengar umpatan-umpatan yang
dianggap biasa…telinga yang sering mendengar alunan lagu ( untuk hilang stress
katanya) yang langsung senikatanya tidak membawa kita mengingat Tuhan…
Zina mulut - yang terkadang mencemuh orang sesuka hati,
menyindir orang tanpa rasa simpati, mengulas senyum paksa saat di sapa dan
bersembang tentang dunia tanpa henti....mengutuk sana.. mengutuk sini mempertikai yang itu
mempertikai yang ini…tanpa ada langsung mulut yang berzikir mahupun berusrah
tatakala kerehatan dirai….kalau di mula bicara tentang agama…semua mulut seolah
terkunci…mungkin tidak seronok bagi pendengarnya…mungkin kuno bagi yang tidak
suka…mungkin juga boring bagi yang dah terbiasa dengan hal-hal duniawi….
( Suatu masa dahulu akulah antara insan-insan yang ku nyatakan di atas.. Astaghfirullah....Mohon keampunanMu Ya Tuhan!)
Bukankah nyawa dicabut bila-bila masa? Ketika kita sedang duduk
bersembang..ketika memandu..ketika bermain bola..ketika menonoton tv...dan
ketika sibuk dengan urusan dunia! Siapa yang kata ...kita meninggal ...mesti
Allah bagi sakit dulu...sempatlah bertaubat..insaf... Benarkah? Bukankah Allah
telah berkata..( Jika salah harap betulkan..) " Beribadahlah kamu
seolah-olah akan mati ESOK...dan carilah rezeki seolah-olah kamu akan hidup
seribu tahun lagi..'
Mengapakah kita sentiasa merasa tidak seronok, boring dan cepat
rasa nak marah acapkali bila ada hati-hati yang ingin bicara tentang Allah?... Tidak takutkah kamu pada azab Allah? Allah tidak
pernah sekali membenarkan untuk kita buka aurat ( bukan bermaksud tak pakai
tudung) untuk suka-suka..Allah sama sekali tidak pernah memberi kelonggaran
untuk kita membuat maksiat dengan tujuan suka-suka…
Bila mana disebut sahaja menutup aurat ramai yang beranggapan
memakai tudung. Noktah. Adakah dikatakan tutup aurat itu dengan memakai tudung sahaja?...... ‘memakai
tudung’ tapi baju jarang hingga menampakkan yang didalam....’memakai tudung’
tapi baju t singkat dan ketat hingga
menampakkan bentuk gunung dan ganangnya dan bentuk punggungnya…
( mohon maaf jika keterlaluan)
'memakai tudung' dengan kain yang terbelah ...
'memakai tudung' hanya sampai ke leher...yang boleh di panggil dengan menutup kepala...apatah lagi tudung yang menampakkan rambut...

Pakailah pakaian yang
macam mana sekalipun ( mengikut syariat) asalkan menutup aurat, tidak
menampakkan bentuk tubuh badan, punggung, bentuk buah dada ( sekali lagi mohon maaf jika terkasar bahasa…) Aurat perempuan
adalah muka dan dua tapak tangan….Ada juga yang memakai tudung yang labuh tetapi
dari fabrik yang lembut hingga melekap di dadanya hingga menampakkan juga
‘bentuk buah dada’ nya…
Lainlah bagi mereka yang bertubuh besar…yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh menutup bentuk buah dadaya...namun masih kelihatan....ada kelonggaran baginya..... dengan syarat ia telah berusaha keras utuk melindunginya….Jangan pula kita tidak pernah berusaha dan dengan mudah melemparkan kata-kata...' Ala..dah memang tudung semua macam ni! nak buat macam mana!..' Kemudian salahkan orang yang jual...orang yang buat...dan sebagainya...Pilihan terletak ditangan kita!
Berhati-hatilah…Ini perintah Allah…bukan perintah manusia… Akurlah!… Ayuh! sama-sama kita renung-renungkan…Tuhan menciptakan sesuatu yang terindah buat kita…usahlah keindahan itu dengan mudah 'diratah-ratah' oleh pandangan-pandangan liar yang akhirnya menimbulkan ‘Zina Mata’…. Pernah ditanya oleh seseorang ….
'Apakah tetap berdosa bagi mata yang memandang aurat-aurat perempuan ( yang terdedah ) yang sedang bicara dengannya tanpa ia inginkan?’… Jawabnya”Ya. Ia tetap berdosa, sekiranya ia tidak berusaha menegurnya..kerana andai kamu berdepan dengan sesuatu maksiat..wajib bagimu menegurnya dengan berhemah…DAN orang yang mempamerkan auratnya sangat 'banyak dosanya'…selama mana ramai mata yang memandangnya…’

Wahai kalbuku… Ku persembahkan diriku untuk menyintaiMu Ya Tuhan…Aku
terlalu mendambakan kasih sayangMu Ya Allah… Berikan ku istiqamah yang teguh...seteguh hati hamba-hambaMu yang soleh....Berikanku hidayahMu yang terlalu mahal
bagiku… Tawaduk yang terlalu berharga untuk hatiku… Berikan ku benteng hati
untuk terus berMujahadah padaMu…
Cukup, cukuplah duniawi yang dulu kumiliki…. Kini hati ini
hanya ingin terpaut padaMu…Inginku basahi lidah degan berzikir dan mengingatiMu..
walau ada yang memandang ku dengan taksub, ekstrem dan apa jua istilah yang
dilabelkan….aku yakin Ya Allah…Engkau mengetahui apa yang terpendam di jiwaku…
Ingin ku bawa sekali anak-anak ku dan suami ku
untuk terus meraih cintaMu!
Buat Para Sahabat Seislamku….
Rakan-rakan yang kusayangi kerana Allah… Kalian sungguh baik dan mulia dengan meraikan perubahanku…
Terima kasih buat Suami yang tercinta...atas segala teguranmu terhadapku...yang membawa aku meraih cinta Ilahi!
Terima kasih buat sahabat yang selalu mendoakanku....

Moga sama-sama
kita berjumpa di Syurga Allah!
Setelah Allah dan Rasul – Cinta High Class
Tautan Hati – Sebarkan CintaMu
Tautan Hati – Sebarkan CintaMu
(
Karya Penuh Tarbiyah dari Ustazah Fatimah Syarha )

No comments:
Post a Comment