Suatu maghrib yang sepi…terkadang
aku ketepikan tanggungjawab yang sepatutnya harus ku lakukan sebagai seorang
ibu….menyuruh anak-anak untuk bersolat…Dek kerana merasakan ianya leceh dan
lambat…mungkin kerana suara-suara syaitan lebih mengasyikkan membuatkan aku
lalai seketika tanggungjawab yang satu itu…Nekadku pada maghrib itu..kan ku
lawan semua bisikan syaitan itu!...
Lalu ku suruh anak-anak
untuk solat…dan ada sedikit nada paksaan terpaksa ku buat memandangkan bab
‘solat’ ini memang banyak cabarannya…Sesungguhnya kata Allah…’Solat itu amat
ringan bagi yang beriman dan amat berat bagi orang-orang yang tidak beriman….’
Walaupun jika nak dikira faktor umur, mungkin anak-anak ku masih terlalu awal
untuk ku paksa…tetapi aku ingin ambil jalan lebih ‘selamat’ dengan mendahulukan
solat dari yang lain-lain…Jika solatnya sempurna maka sempurnalah yang
lain-lain….InshaAllah.. Terdengar sedikit keluhan dari bibir anak-anak ku… Iya lah…mana
tidaknya, ketika itu mereka berdua khusyuk bermain tulis-tulis, conteng-conteng
dan warna-warna… Sedikit kasihan dan simpati ku lihat mereka berdua..tapi
cepat-cepat ku buangkan perasaan itu..sebab aku tahu tentunya bisikan itu
datangnya dari syaitan, yang memang suka membisikkan suara-suara mematahkan
semangat jika kita ingin buat perkara-perkara kebaikan…Arghh…aku perlu tekad dan
tewaskan bisikan syaitan…Ku pujuk kali ke dua dengan penuh nasihat dan
harapan…moganya, pujukan ku kali ini membuahkan hasil…dan Alhamdulillah…kakak
bangun mendahului adik dan dalam keadaan kecemburuan si kakak berkata…’Asyik
kakak je solat…adik tak pun! Kan dosa kalau tak solat!..Adik! adik! Tak takut
dosa ke?...’ Ngomelnya lagi… Si adik dengan pantas menjawab…’Adik tak pe…(dengan
loghat ala-ala sedikit menyindir) Kakak tu dosa…’ Kalau di ajak berlawan cakap,
sudah tentu si adik akan kalah! Maklumlah kakak lebih 3 tahun dari adik…tentunya
sudah petah dan bijak menyusun kata…sedang si adik baru 3 tahun…terkulat-kulat
untuk menyusun kata-kata…
Apabila melihat
keadaan sedikit tegang…lalu ku hampiri lagi mereka…untuk berlaku adil, aku
menyuruh kedua-duanya untuk pergi mengambil wuduk…sedang aku terkebil-kebil
menanti di hamparan sejadah…memikirkan kesabaran yang harus ke pertahankan
dalam mendidik anak bersolat…sabar dari segi memujuk, keletahnya, masa menunggu
mereka mengambil wuduk dan mempersiapkan diri, sabar dengan tingkah lakunya
yang seakan menguji ku….Astaghfirullahhal’azim….ku tarik nafas dalam-dalam…Cepat-cepat
ku bisikkan dalam hati…Ya Allah berikanku kesabaran yang tinggi…..
Setiap kali
mengambil wuduk, pasti seluruh bajunya akan basah…ku minta mereka salin baju
terlebih dahulu…satu lagi penantian…setelah selesai, si kakak mengambil
bahagian kanan dan si adik di sebelah kiri…dengan pantas si kakak bersuara…’Ok
Ibu! Dah!..’ Lalu ku perbetulkan hamparan sejadah, ku jelaskan niat dan
meneruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam ku percepatkan dengan teruskan
dengan doa, kerana ada perkara yang perlu aku perjelaskan pada anak-anak
tentang solatnya sebentar tadi….Aku mulakan pertanyaan…’Kakak…tadi kakak buat
apa?..’Jawabnya ringkas..’Solatlah…’ Ku teruskan bicara…’ Kenapa kakak solat
macam tu?..( maksudku dia solat dalam keadaan main-main) Jawabnya lagi..’Penatlah
ibu…letih…rasa nak tidur je..’ Ku tarik nafas panjang-panjang…ku susun
kata-kata yang paling mudah dan indah untuk ku tarbiahkan erti solat pada
puteriku…Aku faham dan mengerti amat sukar untuk membentuk jiwa anak-anak untuk
solat hanya kerana Allah…Teringat ketika kecil dahulu emak menyuruh kami…. adik
beradik untuk solat… dengan omelannya..leterannya…dan sebagainya…walaupun
dahulu kami solat mungkin kerana paksaan, kini aku cukup rasa bersyukur kerana
didikan itulah membuatkan kami adik beradik sangat prihatin tentang solat..baik
abang dan kakak ku masing-masing memainkan peranan dalam ingat mengingati
tentang solat…Emak selalu berpesan katanya…’Solat itu penting dan WAJIB
dilakukan…tak kira dalam keadaan apa jua…kecuali MATI..’ Kata-kata itu yang
kami pegang hinggaglah kini antara kami ada yang dah bergelar ibu dan ayah….Kalau
nak cerita tentang ‘emak’…sangat panjang kisahnya…Cuma aku boleh katakan, idola
bagiku adalah ‘Emak’ ku sendiri…Cara didikan yang diterapkan,
nasihat-nasihatnya, pujukannya, toleransinya, nada marahnya, segala-galanya
menjadi kan aku ingin lebih untuk menjadi seorang seperti nya! Nantilah jika
ada ruang akan ku coretkan nya di sini…
Kembali pada kisah
anak ku tadi…’Kakak tau tak kenapa kita kena solat?...’ Bermacam jawapan yang
di berikan…semuanya betul! Cuma aku ingin memperjelaskan dan memperincikannya
lagi…’ Kakak perasan tak…dulu kakak tak pandai baca, tapi sekarang dah pandai…siapa
yang bagi kakak pandai?..Allah kan…Dulu kakak baca ikraq susahkan..tak reti…tak
pandai…sekarang ni tengok, bila kakak dah mula belajar solat, kakak dah boleh
baca ikraq…lagi satu buku je nak abis…( saja ku tekankan pujian untuknya ) Hebat
tak?...siapa yang bagi kakak pandai baca ikraq…tentunya Allah kan…ku sambung
lagi….kakak cantik…kakak cerdik…kakak baik…( habis semua kelebihannya ke
sebutkan)…siapa yang bagi semua tu? Allah kan sayang….sayangnya Allah pada
kakak…semua dia bagi….tak kan kakak tak ingat Dia….tak sayang Allah….Kakak tau
tak?..kalau kita rajin solat…Allah akan bagi apa sahaja yang kita
nak!...Celahnya dengan laju ‘Semua?..’…’ Ia sayanggg…semua Allah akan bagi!...(
saat itu anak ku takkan bertanya macam mana Allah bagi, sebab aku selalu
menjelaskan padanya berulang kali…Cuma pertanyaannya kali ini agak lain sedikit…)
Ku sambung lagi…’Iya lah…semua Allah akan bagi…’..katanya lagi ‘ I-pad pun?..’…Sambil
wajahnya tunduk dan jari-jarinya menguis-nguis sejadah seakan-akan mempertikaikan
permintaannya….(Hatiku tersenyum sendiri..mendengar permintaannya...anak ibu..anak ibu...I-pad yang menjadi idaman mu ye!)....Lantas dengan yakin ku menjawab ‘Ya!..’ Sambil fikiranku sedang
ligat untuk menyusun hujah yang akan ku bentangkan padanya…Dia terus terlentuk
di ribaku dengan tersenyum lebar…tanda puas…Ku perbetulkan lagi fahamannya….’Ok,
sekarang ibu nak bagitau kakak…kakak tau kan kita ni ada syaitan gemuk dan
kurus…kakak suka tak kalau dia ada kat sebelah kakak?’.. Terus dia memelukku
sambil merengek takut…sambung ku lagi..’Syaitan 2 ekor ni tugasnya memang
mengganggu manusia bila manusia tu nak buat baik, contoh, solat, ngaji,
belajar, tak gaduh dengan adik, masuk dan keluar tandas baca doa..dia tak suka kita
buat baik…sebab itu dia selalu bisik kat kakak..jangan solat…tak payah ngaji
awak kecik lagi…bila kakak malas nak solat tandanya kakak dah ikut dia…kakak
tak takut ke?...Nanti kakak tidur dengan dia…mandi dengan dia…main dengan
dia....makan dengan dia…Semualah yang kakak buat ada dia!’.....Nampak anak ku
semakin berminat dengan cerita yang nak aku sampaikan…Kata ku lagi, ‘..Kita
kena lawan dengan syaitan kakak! Tewaskan dia, kalau kakak rasa letih tu
sebenarnya dia yang cakap, kalau kakak rasa penat pun dia yang hasut…Kakak kena
lawan kena cakap, Saya ada Allah, jangan kacau saya syaitan! Lepas tu kakak kena
terus solat ke ngaji ke..’ Nampak dia
mengerti..dan penuh harapan ( Mungkin ada yang berkata, kecik-kecik memanglah
macam tu…ikut je…cuba tengok dah besar nanti! Padaku pula terpulang…setiap
orang ada pandangan berbeza-beza….Tetapi fatwa hatiku tetap teguh dengan kuasa
Allah….bukankah Allah maha adil…Kalau kita dah berusaha sebaik mungkin,
bertungkus lumus untuk mendidik anak jadi solehah, sekiranya dah besar nanti
sebaliknya yang berlaku….bukankah itu semua kuasa Allah….Jangan kita terlalu
akur dengan ‘orang kata…’ Bagiku aku percaya dengan Allah! Ku serahkan semuanya
pada Allah! Ku yakin apa yang Allah beri itu adalah yang terbaik untuk ku….) Ku
teruskan rutin dengan mengajarnya iqraq dan aku pun perlu mengaji agar anakku
belajar melalui ibunya ( untuk anak jadi solehah, IBU perlu mensolehahkan
dirinya terlebih dahulu..)…selesai mengaji aku sambung dengan memperuntukkan
sedikit masa membaca buku-buku tentang Rasulullah hingga tiba waktu isya’ dan kan
sekali lagi ku ajak anakku untuk solat isya’ bersama…
Kalau dahulu…aku
sering mengeluh dengan ‘tak cukup masa’..nak buat itu ini, anak, rumah, kain
baju walaupun dulu aku tidak sambung belajar…tapi ku rasakan masa untuk membaca
tiada…tapi dulu, boleh pula aku memperuntukkan
masa dengan facebook berjam-jam lamanya…RUGInya aku…Benar kata Ustaz ( sekali lagi ku akurkan kata-kata
Ustaz)…Kalau kita nekad dahulukan Allah dalam apa jua urusan, masa yang singkat
pun jadi panjang…yang kita rasakan tak sempat, akan jadi lebih dari sempat…yang
kita rasakan tak boleh, malah jauh lebih boleh! Yang kita rasakan letih….akan
jadi cergas dan kuat!...Ajaib kan?...Cubalah…dan yakinlah dengan Allah..Terima
Kasih Allah…
Bagi yang dah ada anak
yang solehah ..walaupun tanpa anda bersusah payah membimbingnya…BERSYUKURlah…ada
anak yang pandai…tanpa anda MENGAJARkannya…bersyukurlah…Ingat… nikmat yang
Allah beri itu ada dua maksudya dia beri nikmat dengan iringan ujian samada
kita bersyukur, berbangga, kufur atau sebagainya atau diberi nikmat itu sebagai
peringatan dengan apa yang telah diberikan…Berhati-hatilah jika kita SERING menerima
nikmat Allah dalam pada kita masih mungkar dan ingkar dengan suruhannya…bimbang-bimbang
kita memperoleh ISTIDRAJ Allah…..Ya , istidraj adalah pemberian nikmat dari
Allah yang begitu banyak dengan keadaan Allah murka kepada kita….Semakin banyak dosa yang dilakukan, semakin besar pintu DUNIA diberikan padanya. Pemberiaan ini bukan kemuliaan dari Allah, tetapi sebuah perangkap dan kehinaan baginya....itulah yang disebutkan sebagai Istidraj…Hamba yang diperlakukan dengan istidraj ialah orang yang sangat di benci oleh Allah...Dia dibiarkan terlena dengan pelbagai kenikmatan dunia dan tidak disedarkan untuk bertaubat sehingga pada saat kematian...Abu Hazim pernah berkata : " Jika engkau melihat Allah selalu memberimu nikmat dan pada masa yang sama engkau terus mebuat maksiat kepada-Nya, maka berhati-hatilah.".......
Oleh yang demikian, jangan ingat, KEPANDAIAN anak-anak, kekayaan, kebahagian rumahtangga, kecantikan dan kemahiran-kemahiran yang kita ada ini TANDA kitalah orang yang Allah sayanggg…kitalah orang yang baikkkk…kitalah orang yang banyakkkk buat pahala…kitalah orang yang betul…DAN jangan pula anggap….orang-orang yang ditimpa musibah itu ( Kita yang anggap…hakikatnya tidak... )…seperti tidak dikurniakan anak, tidak ditemukan jodoh, anak-anak kurang pandai, miskin, anak cacat, accident, rumah terbakar, rumah kena rompak dan sebagainya adalah tanda….balasan Allah…kononnya ….dialah orang jahat….dialah yang banyak buat dosa….dialah yang tak baik…dialah yang tak betul dan sebagainya…Jangannn…….Hanya Allah yang lebih mengetahui……Allah berfirman, maksudnya: " Maka, janganlah engkau mengagumi harta benda dan anak-anak mereka. Sesungguhnya, Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan ( harta dan ANAK-ANAK) didunia dan kelak nyawa mereka akan di cabut dalam keadaan kafir...".. ( Surah al-Tawbah 9:55)......Ada satu hadis yang ku pernah dengar….’Barangsiapa yang tidak pernah merasa ujian dan musibah dari Allah di dunia, …. maka, dia di anggap MUFLIS di akhirat nanti!...’ Renung-renungkanlah……..Takut kan….Muhasabah lah diri..lihat dalam diri sendiri…sempurnakah SOLATku?..sempurnakah caraku MENUTUP AURAT? Zina tak MATAku? Zina tak MULUTku? Buruk tak tingkah laku ku?....Baikkah sifatku?...Sebelum sewenang-wenangnya kita menuduh orang lain yang jahat…Jangan cepat berasa selesa dan ‘ok’ dengan keadaan kita sekarang….bangkitlah agar kita menjadi muslimah dan contoh kepada yang lain…
Oleh yang demikian, jangan ingat, KEPANDAIAN anak-anak, kekayaan, kebahagian rumahtangga, kecantikan dan kemahiran-kemahiran yang kita ada ini TANDA kitalah orang yang Allah sayanggg…kitalah orang yang baikkkk…kitalah orang yang banyakkkk buat pahala…kitalah orang yang betul…DAN jangan pula anggap….orang-orang yang ditimpa musibah itu ( Kita yang anggap…hakikatnya tidak... )…seperti tidak dikurniakan anak, tidak ditemukan jodoh, anak-anak kurang pandai, miskin, anak cacat, accident, rumah terbakar, rumah kena rompak dan sebagainya adalah tanda….balasan Allah…kononnya ….dialah orang jahat….dialah yang banyak buat dosa….dialah yang tak baik…dialah yang tak betul dan sebagainya…Jangannn…….Hanya Allah yang lebih mengetahui……Allah berfirman, maksudnya: " Maka, janganlah engkau mengagumi harta benda dan anak-anak mereka. Sesungguhnya, Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan ( harta dan ANAK-ANAK) didunia dan kelak nyawa mereka akan di cabut dalam keadaan kafir...".. ( Surah al-Tawbah 9:55)......Ada satu hadis yang ku pernah dengar….’Barangsiapa yang tidak pernah merasa ujian dan musibah dari Allah di dunia, …. maka, dia di anggap MUFLIS di akhirat nanti!...’ Renung-renungkanlah……..Takut kan….Muhasabah lah diri..lihat dalam diri sendiri…sempurnakah SOLATku?..sempurnakah caraku MENUTUP AURAT? Zina tak MATAku? Zina tak MULUTku? Buruk tak tingkah laku ku?....Baikkah sifatku?...Sebelum sewenang-wenangnya kita menuduh orang lain yang jahat…Jangan cepat berasa selesa dan ‘ok’ dengan keadaan kita sekarang….bangkitlah agar kita menjadi muslimah dan contoh kepada yang lain…
Bagiku…aku terlalu
RUGI kerana baru kini berjinak-jinak ingin membentuk anak jadi solehah….kalau
dari dalam PERUT lagi, ku tekadkan hati untuk mencorak anak ini jadi soleh dan solehah, sudah tentu lagi mudah bukan! Beruntungnya
bagi mereka yang ‘baru’ nak bergelar ibu…atau yang ada anak-anak yang masih bayi….mereka
boleh mencorakkannya lebih awal…Tapi tidak mengapa…aku tak nak mengaku 'kalah'
dengan syaitan…walaupun aku terlewat membentuk anak-anakku…ku tetap berTEKAD
untuk lakukan yang terbaik untuk mereka…Aku mahu melihat mereka membesar dengan
menjadi anak-anak yang 'soleh dan solehah'…Yang boleh doanya nanti diterima Allah,
dan bila mana, aku dan suami berada di alam barzakh….
PadaMu Allah….ku
mohon…jadikanlah anak-anak kami…anak-anak yang soleh dan solehah…anak-anak yang
beriman dan bertakwa padaMu…anak-anak yang sentiasa menurut perintah Mu…anak-anak yang
rajin menunaikan solat…yang sentiasa berpegang teguh dengan
ajaranMu..Jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang mencintai ayat-ayat sucimu
Ya Allah…yang mudah membaca dan menghafaz ayat-ayat sucimu…Jadikanlah mereka
anak-anak yang bijaksana di dunia dan AKHIRAT Mu ….Jadikan mereka orang-orang yang cenderung kepada kebaikan....Kurniakan padanya kesihatan,
agar mereka lebih lama beramal dengan amal yang soleh….Ya Allah, perkenankanlah
doaku Ya Allah…kerna aku terlalu menginginkannya Ya Allah….’
Amin…Ya Rabb…Terima Kasih Allah…
No comments:
Post a Comment