Monday, 22 October 2012

Tugas Seorang Ibu

            Suatu maghrib yang sepi…terkadang aku ketepikan tanggungjawab yang sepatutnya harus ku lakukan sebagai seorang ibu….menyuruh anak-anak untuk bersolat…Dek kerana merasakan ianya leceh dan lambat…mungkin kerana suara-suara syaitan lebih mengasyikkan membuatkan aku lalai seketika tanggungjawab yang satu itu…Nekadku pada maghrib itu..kan ku lawan semua bisikan syaitan itu!...
        Lalu ku suruh anak-anak untuk solat…dan ada sedikit nada paksaan terpaksa ku buat memandangkan bab ‘solat’ ini memang banyak cabarannya…Sesungguhnya kata Allah…’Solat itu amat ringan bagi yang beriman dan amat berat bagi orang-orang yang tidak beriman….’ Walaupun jika nak dikira faktor umur, mungkin anak-anak ku masih terlalu awal untuk ku paksa…tetapi aku ingin ambil jalan lebih ‘selamat’ dengan mendahulukan solat dari yang lain-lain…Jika solatnya sempurna maka sempurnalah yang lain-lain….InshaAllah.. Terdengar sedikit keluhan dari bibir anak-anak ku… Iya lah…mana tidaknya, ketika itu mereka berdua khusyuk bermain tulis-tulis, conteng-conteng dan warna-warna… Sedikit kasihan dan simpati ku lihat mereka berdua..tapi cepat-cepat ku buangkan perasaan itu..sebab aku tahu tentunya bisikan itu datangnya dari syaitan, yang memang suka membisikkan suara-suara mematahkan semangat jika kita ingin buat perkara-perkara kebaikan…Arghh…aku perlu tekad dan tewaskan bisikan syaitan…Ku pujuk kali ke dua dengan penuh nasihat dan harapan…moganya, pujukan ku kali ini membuahkan hasil…dan Alhamdulillah…kakak bangun mendahului adik dan dalam keadaan kecemburuan si kakak berkata…’Asyik kakak je solat…adik tak pun! Kan dosa kalau tak solat!..Adik! adik! Tak takut dosa ke?...’ Ngomelnya lagi… Si adik dengan pantas menjawab…’Adik tak pe…(dengan loghat ala-ala sedikit menyindir) Kakak tu dosa…’ Kalau di ajak berlawan cakap, sudah tentu si adik akan kalah! Maklumlah kakak lebih 3 tahun dari adik…tentunya sudah petah dan bijak menyusun kata…sedang si adik baru 3 tahun…terkulat-kulat untuk menyusun kata-kata…
        Apabila melihat keadaan sedikit tegang…lalu ku hampiri lagi mereka…untuk berlaku adil, aku menyuruh kedua-duanya untuk pergi mengambil wuduk…sedang aku terkebil-kebil menanti di hamparan sejadah…memikirkan kesabaran yang harus ke pertahankan dalam mendidik anak bersolat…sabar dari segi memujuk, keletahnya, masa menunggu mereka mengambil wuduk dan mempersiapkan diri, sabar dengan tingkah lakunya yang seakan menguji ku….Astaghfirullahhal’azim….ku tarik nafas dalam-dalam…Cepat-cepat ku bisikkan dalam hati…Ya Allah berikanku kesabaran yang tinggi…..
        Setiap kali mengambil wuduk, pasti seluruh bajunya akan basah…ku minta mereka salin baju terlebih dahulu…satu lagi penantian…setelah selesai, si kakak mengambil bahagian kanan dan si adik di sebelah kiri…dengan pantas si kakak bersuara…’Ok Ibu! Dah!..’ Lalu ku perbetulkan hamparan sejadah, ku jelaskan niat dan meneruskan solat sehingga selesai. Selepas memberi salam ku percepatkan dengan teruskan dengan doa, kerana ada perkara yang perlu aku perjelaskan pada anak-anak tentang solatnya sebentar tadi….Aku mulakan pertanyaan…’Kakak…tadi kakak buat apa?..’Jawabnya ringkas..’Solatlah…’ Ku teruskan bicara…’ Kenapa kakak solat macam tu?..( maksudku dia solat dalam keadaan main-main) Jawabnya lagi..’Penatlah ibu…letih…rasa nak tidur je..’ Ku tarik nafas panjang-panjang…ku susun kata-kata yang paling mudah dan indah untuk ku tarbiahkan erti solat pada puteriku…Aku faham dan mengerti amat sukar untuk membentuk jiwa anak-anak untuk solat hanya kerana Allah…Teringat ketika kecil dahulu emak menyuruh kami…. adik beradik untuk solat… dengan omelannya..leterannya…dan sebagainya…walaupun dahulu kami solat mungkin kerana paksaan, kini aku cukup rasa bersyukur kerana didikan itulah membuatkan kami adik beradik sangat prihatin tentang solat..baik abang dan kakak ku masing-masing memainkan peranan dalam ingat mengingati tentang solat…Emak selalu berpesan katanya…’Solat itu penting dan WAJIB dilakukan…tak kira dalam keadaan apa jua…kecuali MATI..’ Kata-kata itu yang kami pegang hinggaglah kini antara kami ada yang dah bergelar ibu dan ayah….Kalau nak cerita tentang ‘emak’…sangat panjang kisahnya…Cuma aku boleh katakan, idola bagiku adalah ‘Emak’ ku sendiri…Cara didikan yang diterapkan, nasihat-nasihatnya, pujukannya, toleransinya, nada marahnya, segala-galanya menjadi kan aku ingin lebih untuk menjadi seorang seperti nya! Nantilah jika ada ruang akan ku coretkan nya di sini…
        Kembali pada kisah anak ku tadi…’Kakak tau tak kenapa kita kena solat?...’ Bermacam jawapan yang di berikan…semuanya betul! Cuma aku ingin memperjelaskan dan memperincikannya lagi…’ Kakak perasan tak…dulu kakak tak pandai baca, tapi sekarang dah pandai…siapa yang bagi kakak pandai?..Allah kan…Dulu kakak baca ikraq susahkan..tak reti…tak pandai…sekarang ni tengok, bila kakak dah mula belajar solat, kakak dah boleh baca ikraq…lagi satu buku je nak abis…( saja ku tekankan pujian untuknya ) Hebat tak?...siapa yang bagi kakak pandai baca ikraq…tentunya Allah kan…ku sambung lagi….kakak cantik…kakak cerdik…kakak baik…( habis semua kelebihannya ke sebutkan)…siapa yang bagi semua tu? Allah kan sayang….sayangnya Allah pada kakak…semua dia bagi….tak kan kakak tak ingat Dia….tak sayang Allah….Kakak tau tak?..kalau kita rajin solat…Allah akan bagi apa sahaja yang kita nak!...Celahnya dengan laju ‘Semua?..’…’ Ia sayanggg…semua Allah akan bagi!...( saat itu anak ku takkan bertanya macam mana Allah bagi, sebab aku selalu menjelaskan padanya berulang kali…Cuma pertanyaannya kali ini agak lain sedikit…) Ku sambung lagi…’Iya lah…semua Allah akan bagi…’..katanya lagi ‘ I-pad pun?..’…Sambil wajahnya tunduk dan jari-jarinya menguis-nguis sejadah seakan-akan mempertikaikan permintaannya….(Hatiku tersenyum sendiri..mendengar permintaannya...anak ibu..anak ibu...I-pad yang menjadi idaman mu ye!)....Lantas dengan yakin ku menjawab ‘Ya!..’ Sambil fikiranku sedang ligat untuk menyusun hujah yang akan ku bentangkan padanya…Dia terus terlentuk di ribaku dengan tersenyum lebar…tanda puas…Ku perbetulkan lagi fahamannya….’Ok, sekarang ibu nak bagitau kakak…kakak tau kan kita ni ada syaitan gemuk dan kurus…kakak suka tak kalau dia ada kat sebelah kakak?’.. Terus dia memelukku sambil merengek takut…sambung ku lagi..’Syaitan 2 ekor ni tugasnya memang mengganggu manusia bila manusia tu nak buat baik, contoh, solat, ngaji, belajar, tak gaduh dengan adik, masuk dan keluar tandas baca doa..dia tak suka kita buat baik…sebab itu dia selalu bisik kat kakak..jangan solat…tak payah ngaji awak kecik lagi…bila kakak malas nak solat tandanya kakak dah ikut dia…kakak tak takut ke?...Nanti kakak tidur dengan dia…mandi dengan dia…main dengan dia....makan dengan dia…Semualah yang kakak buat ada dia!’.....Nampak anak ku semakin berminat dengan cerita yang nak aku sampaikan…Kata ku lagi, ‘..Kita kena lawan dengan syaitan kakak! Tewaskan dia, kalau kakak rasa letih tu sebenarnya dia yang cakap, kalau kakak rasa penat pun dia yang hasut…Kakak kena lawan kena cakap, Saya ada Allah, jangan kacau saya syaitan! Lepas tu kakak kena terus solat ke ngaji ke..’  Nampak dia mengerti..dan penuh harapan ( Mungkin ada yang berkata, kecik-kecik memanglah macam tu…ikut je…cuba tengok dah besar nanti! Padaku pula terpulang…setiap orang ada pandangan berbeza-beza….Tetapi fatwa hatiku tetap teguh dengan kuasa Allah….bukankah Allah maha adil…Kalau kita dah berusaha sebaik mungkin, bertungkus lumus untuk mendidik anak jadi solehah, sekiranya dah besar nanti sebaliknya yang berlaku….bukankah itu semua kuasa Allah….Jangan kita terlalu akur dengan ‘orang kata…’ Bagiku aku percaya dengan Allah! Ku serahkan semuanya pada Allah! Ku yakin apa yang Allah beri itu adalah yang terbaik untuk ku….) Ku teruskan rutin dengan mengajarnya iqraq dan aku pun perlu mengaji agar anakku belajar melalui ibunya ( untuk anak jadi solehah, IBU perlu mensolehahkan dirinya terlebih dahulu..)…selesai mengaji aku sambung dengan memperuntukkan sedikit masa membaca buku-buku tentang Rasulullah hingga tiba waktu isya’ dan kan sekali lagi ku ajak anakku untuk solat isya’ bersama…
        Kalau dahulu…aku sering mengeluh dengan ‘tak cukup masa’..nak buat itu ini, anak, rumah, kain baju walaupun dulu aku tidak sambung belajar…tapi ku rasakan masa untuk membaca tiada…tapi  dulu, boleh pula aku memperuntukkan masa dengan facebook berjam-jam lamanya…RUGInya aku…Benar kata  Ustaz ( sekali lagi ku akurkan kata-kata Ustaz)…Kalau kita nekad dahulukan Allah dalam apa jua urusan, masa yang singkat pun jadi panjang…yang kita rasakan tak sempat, akan jadi lebih dari sempat…yang kita rasakan tak boleh, malah jauh lebih boleh! Yang kita rasakan letih….akan jadi cergas dan kuat!...Ajaib kan?...Cubalah…dan yakinlah dengan Allah..Terima Kasih Allah…
        Bagi yang dah ada anak yang solehah ..walaupun tanpa anda bersusah payah membimbingnya…BERSYUKURlah…ada anak yang pandai…tanpa anda MENGAJARkannya…bersyukurlah…Ingat… nikmat yang Allah beri itu ada dua maksudya dia beri nikmat dengan iringan ujian samada kita bersyukur, berbangga, kufur atau sebagainya atau diberi nikmat itu sebagai peringatan dengan apa yang telah diberikan…Berhati-hatilah jika kita SERING menerima nikmat Allah dalam pada kita masih mungkar dan ingkar dengan suruhannya…bimbang-bimbang kita memperoleh ISTIDRAJ Allah…..Ya , istidraj adalah pemberian nikmat dari Allah yang begitu banyak dengan keadaan Allah murka kepada kita….Semakin banyak dosa yang dilakukan, semakin besar pintu DUNIA diberikan padanya. Pemberiaan ini bukan kemuliaan dari Allah, tetapi sebuah perangkap dan kehinaan baginya....itulah yang disebutkan sebagai Istidraj…Hamba yang diperlakukan dengan istidraj ialah orang yang sangat di benci oleh Allah...Dia dibiarkan terlena dengan pelbagai kenikmatan dunia dan tidak disedarkan untuk bertaubat sehingga pada saat kematian...Abu Hazim pernah berkata : " Jika engkau melihat Allah selalu memberimu nikmat dan pada masa yang sama engkau terus mebuat maksiat kepada-Nya, maka berhati-hatilah.".......
          Oleh yang demikian, jangan ingat, KEPANDAIAN anak-anak, kekayaan, kebahagian rumahtangga, kecantikan dan kemahiran-kemahiran yang kita ada ini TANDA kitalah orang yang Allah sayanggg…kitalah orang yang baikkkk…kitalah orang yang banyakkkk buat pahala…kitalah orang yang betul…DAN jangan pula anggap….orang-orang yang ditimpa musibah itu ( Kita yang anggap…hakikatnya tidak... )…seperti tidak dikurniakan anak, tidak ditemukan jodoh, anak-anak kurang pandai, miskin, anak cacat, accident, rumah terbakar, rumah kena rompak dan sebagainya adalah tanda….balasan Allah…kononnya ….dialah orang jahat….dialah yang banyak buat dosa….dialah yang tak baik…dialah yang tak betul dan sebagainya…Jangannn…….Hanya Allah yang lebih mengetahui……Allah berfirman, maksudnya: " Maka, janganlah engkau mengagumi harta benda dan anak-anak mereka. Sesungguhnya, Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan ( harta dan ANAK-ANAK) didunia dan kelak nyawa mereka akan di cabut dalam keadaan kafir...".. ( Surah al-Tawbah 9:55)......Ada satu hadis yang ku pernah dengar….’Barangsiapa yang tidak pernah merasa ujian dan musibah dari Allah di dunia, …. maka, dia di anggap MUFLIS di akhirat nanti!...’ Renung-renungkanlah……..Takut kan….Muhasabah lah diri..lihat dalam diri sendiri…sempurnakah SOLATku?..sempurnakah caraku MENUTUP AURAT? Zina tak MATAku? Zina tak MULUTku? Buruk tak tingkah laku ku?....Baikkah sifatku?...Sebelum sewenang-wenangnya kita menuduh orang lain yang jahat…Jangan cepat berasa selesa dan ‘ok’ dengan keadaan kita sekarang….bangkitlah agar kita menjadi muslimah dan contoh kepada yang lain…
        Bagiku…aku terlalu RUGI kerana baru kini berjinak-jinak ingin membentuk anak jadi solehah….kalau dari dalam PERUT lagi, ku tekadkan hati untuk mencorak anak ini jadi soleh dan solehah,  sudah tentu lagi mudah bukan! Beruntungnya bagi mereka yang ‘baru’ nak bergelar ibu…atau yang ada anak-anak yang masih bayi….mereka boleh mencorakkannya lebih awal…Tapi tidak mengapa…aku tak nak mengaku 'kalah' dengan syaitan…walaupun aku terlewat membentuk anak-anakku…ku tetap berTEKAD untuk lakukan yang terbaik untuk mereka…Aku mahu melihat mereka membesar dengan menjadi anak-anak yang 'soleh dan solehah'…Yang boleh doanya nanti diterima Allah, dan bila mana, aku dan suami berada di alam barzakh….
        PadaMu Allah….ku mohon…jadikanlah anak-anak kami…anak-anak yang soleh dan solehah…anak-anak yang beriman dan bertakwa padaMu…anak-anak yang sentiasa menurut perintah Mu…anak-anak yang rajin menunaikan solat…yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaranMu..Jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang mencintai ayat-ayat sucimu Ya Allah…yang mudah membaca dan menghafaz ayat-ayat sucimu…Jadikanlah mereka anak-anak yang bijaksana di dunia dan AKHIRAT Mu ….Jadikan mereka orang-orang yang cenderung kepada kebaikan....Kurniakan padanya kesihatan, agar mereka lebih lama beramal dengan amal yang soleh….Ya Allah, perkenankanlah doaku Ya Allah…kerna aku terlalu menginginkannya Ya Allah….’
Amin…Ya Rabb…Terima Kasih Allah…

Hidup Sebelum Mati....

      Terima kasih Allah….atas nikmat nafas dan nyawa yang masih tersisa….tatkala mendengar kematian seorang demi seorang insan sekeliling yang telah pergi menemui Mu…aku perlu bersyukur…masih diberi kesempatan dan peluang olehMu untuk mneruskan hidup sebagai hambaMu dan khalifahMu….
Suatu pagi subuh yang hening….tatkala cuping telinga ini khusyuk mendengar tazkirah dari radio Ikim…tersentak seketika apabila terlihat depan mata…sebuah kemalangan antara motor dan kereta…..nyata si motor yang tersungkur menyembah bumi…kejadian berlaku terlalu cepat…hingga membuatkan kami tidak berpeluang untuk undur kembali dan menyaksikan apa yang berlaku seterusnya….suasana dalam kereta terdiam membungkam seketika….mungkin suami dan anak2 ku terkejut dengan apa yang berlaku….lalu anakku bersuara…”Ya Allah Ibu….kasihannya dia….”….sambil beristighfar panjang…kukatakan padanya....”Kalau kakak kasihan…kita doakan dia selamat ye…”…sedang dalam hati sisa-sisa terkejut masih menghantui diri…Siapakah yang Allah pilih pagi ini…kalau ianya bukan muslim…mungkin hanya simpati sebagai seorang manusia boleh ku katakana….tetapi kalau ianya seorang Muslim?...Ya Allah…kau selamatkanlah ia….Pada minggu yang sama juga….ke terima khabar salah seorang abang anak murid yang agak ku kenali pun telah pergi menemui penciptaNya…hanya kerana sesak dada…mungkin komplikasi dari kemalangan yang ia dapat beberapa hari sebelum itu….Terlalu cepat mereka pergi meninggalkan kita….tanpa kita sedari KITA juga akan menyusul bersama…Adakah kita tahu bila kita akan diPANGGIL olehNya?….Tidak bukan…..Pernahkah kita terfikir bagaimanakah alam yang akan kita lalui setelah kita dipanggil olehNya…
Kadang-kadang terfikir…tapi cepat-cepat kita buang fikiran itu dengan alasan….’kalau fikir pasal MATI..satu kerja pun tak jadi..’…Kadang-kadang juga kita tahu…tapi pura-pura buat tak tahu….Kita tahu ianya sukar dan mengerunkan…tapi cepat-cepat kita permudahkan…Dulu aku pun begitu…acapkali terfikir tentang mati..alam kubur…azab kubur…selalu berlegar di fikiran…tetapi seringkali itu juga syaitan hebat memainkan peranan….dibisikkan kata-kata ‘semangat’…’alah….lama lagi mati…takpe…oklah tu yang kau buat sekarang…alah…semua orang buat dosa…alah,ramai lagi yang jahat…kau oklah tu…alah semua orang masuk neraka dulu baru masuk syurga….’ Astaghfirullah…..hebatkan Syaitan…licik kan dia…Astaghfirullah..
Hinggalah saat ku rasakan kematian itu semakin hampir…kerana dengan meningkatnya umur maka makin hampirlah kita pada kematian bukan…Rasulullah sendiri wafat ketika umur Baginda 63 tahun…Kita?...Kalau dicongak….sisa umur yang manakah yang akan kita gunakan untuk benar-benar menjadi hambaNya yang solehah….Berapa lama lagi kita harus beri tempoh untuk diri kita sendiri….sekarang ini aku sendiri sudah 30 lebih tahun hidup….tetapi apakah sedekah-sedekah…amalan-amaln yang akan ku bawa di alam sana? ...Subhanallah… Cukupkah?... Adakah? Mampukah menampung segala dosa-dosa yang kita buat selama ini?... Ada orang menganggap DOSA itu hanyalah perkara-perkara besar sahaja….contohnya…tidak solat…berzina..minum arak…berjudi..syirik…Sedangkan sedarkah kita dosa-dosa kecil yang kita buat berterusan itu dikira dosa besar….Sombongnya kita kan…kadang-kadang kita rasa kita BAIK…..kita dah SOLAT…kita pakai TUDUNG…Adakah itu semua menjadi kayu pengukur untuk mengatakan kita BAIK?....Adakah itu sudah cukup untuk mencerminkan yang kita ini orang BAIK?....Tentu tidak kan….Barangsiapa yang menganggap dirinya BAIK….sesungguhnya dia sombong dengan Allah….Subhanallah….Kita bukan ingin dipandang BAIK….tetapi kita ingin jadi yang TERBAIK dimata Allah….Bukan untuk manusia….tetapi biarlah ianya hanya untuk Allah..
Tidak perlu juga meletakkan ‘cantik’ itu dipandangan manusia…tetapi biar CANTIK dimata Allah…..biarlah ianya tidak ‘dihargai’ manusia….tetapi diberi PENGHARGAAN besar oleh Allah…..Biarlah kita digelar ‘miskin’ oleh manusia…tetapi kita sangat KAYA disisi Allah…Subhanallah!
      Ada juga yang meletakkan andainya kita isteri dan ibu…cukuplah sekadar kita solat..taat pada suami dan ada anak yang soleh….Bukan aku menyangkal…memang…3 perkara itu benar ….tetapi masih belum sempurna bukan…mana mungkin kita rasakan cukup sedang Allah lebih mengetahui dengan apa yang telah kita kerjakan….Ada juga yang berpendapat…’Syurga neraka itu milik Allah…kita baik ke jahat ke..kalau Allah  kata kita masuk syurga masuk juga!…..macam kisah pelacur yang bagi minum anjing tu!’…Astaghfirullah…..Subhanallah…. Benar…..Islam itu mudah…TETAPI jangan ambil mudah!.... Allah beri pengajaran dari kisah-kisah begitu untuk kita berfikir dan jadikan iktibar…bukan untuk kita ‘follow’ mereka….Kita?....Mampukah kita beri jaminan dengan melanggar semua perintah Allah..atau buat ala kadar sahaja…tetapi mengharapkan SYURGA Allah untuk kita…Terjaminkah? Mengapa kita sering mengambil kisah-kisah begini untuk dijadikan panduan? Atau kayu pengukur…. Mengapa tidak kita ambil kisah seorang pemuda yang bernama Juraij    (seorang yang kuat beribadah kepada Allah – dalam buku ‘Pesan-pesan Rasulullah kepada Wanita) diuji dengan pelbagai fitnah dan akhirnya ia masih dan tetap kekal sebagai Ahli Ibadah… Berapa kerap kita mendengar tazkirah-tazkirah…ceramah-ceramah agama..untuk menjadi halwa telinga dan makanan rohani kita…kalau dikata siaran tv…terlalu sedikit…itupun biasanya hampir dengan waktu-waktu solat…barulah ada…mungkin ada yang kata ASTRO ada banyak…tapi berapa kerap kita menontonnya…mendengarnya….adakah sepanjang masa?...Hanya ingatan untuk diri sendiri….carilah ilmu yang bermanfaat….betul kata Ustaz..benda-benda lain…hebat kita ambil tahu….tapi kisah-kisah Nabi..perjuangan Nabi…perjalanan hidup Nabi…kisah rumahtangga Nabi….kisah sahabt-sahabat Nabi…seringkali kita ketepi….Kalau tahu pun yang asas-asas sahaja….Kata Ustaz lagi…berapa kerap kita bersembang…berborak…bercerita tentang Rasulullah dirumah?...Bertukar-tukar cerita dengan suami….bercerita dengan anak-anak…duduk bersembang saat terluang bersama kelurga sambil berkongsi cerita kisah Rasulullah…..Berapa kali sehari?...Berapa kali seminggu?...Berapa kali sebulan?... Berapa kali setahun?...
Aku tidak maksudkan orang lain..tetapi hanya ingatan untuk diri ini sendiri…Kalau dulu tak pernah buat….kini berusahalah untuk lakukan…kalau dulu janggal…kini biasa-biasakan lah…Kalau dulu malu…kini berani-beranikanlah…DAN janganlah sesekali malu untuk membuat sesuatu kebaikan…..Sesungguhnya bisikan Syaitan itu sangat hebat!...
.Bagaimana kita nak cinta Nabi kalau kita sendiri tidak KENAL dengan Nabi….Bagaimana kita kata kita SAYANG Nabi…tapi kita tidak ikut sunah-sunah Nabi…Salah satu cara untuk wujudkan dan kekalkan kebahagiaan rumahtangga kata Ustaz….amalkanlah sunah-sunah Nabi dalam rumah….Ada yang kata…..’Kami tahu semua tu…..tak cukup dengan tahu…. tapi kena AMALkan….Kami dah belajar dulu….tak cukup dengan belajar… tapi kena PRAKTIKkan….’ Aku malu dengan diri sendiri yang kononya belajar sampai darjah Khas sekolah agama… tapi segala yang sudah dipelajari itu tidak diamalkan dengan sempurna…Malu dengan Allah… yang memandang kemurkaan-kemurkaan kecil yang kita buat….Sayangnya Allah pada kita… dengan dilimpahkan segala nikmat yang kita kehendaki sedang kita dalam kelalaian….Sungguh Allah Maha Penyayang…Ya Allah….anadai umurku panjang…..ku mohon padaMu agar kurniakan pada ku HidayahMu Ya Allah….kurniakan padaku RahmatMu….kurniakan padaku Nikmatmu Ya Allah….kurniakan padaku RedhaMu…dan kurniakan padaku Kasih SayangMu Ya Allah….Sesungguhnya aku ‘teringin’ mencintaiMu lebih dari segala-galanya Ya Allah…Bantulah aku Ya Allah…Bantulah aku bersama-sama suamiku..anak-anakku…ayah dan ibuku..adik beradikku…saudara maraku…sahabat-sahabtku…anak-anak muridku serta kaum muslimin dan muslimat….agar kami semua dapat bermukim disyurgaMu nanti….InshaAllah….Terima Kasih Allah…..

Tuesday, 9 October 2012

Sahabat..

                  
           Terbaca satu hadis yang berbunyi....Sebaik-baik sahabat ialah, mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah s.w.t. bila kamu melihatnya....Dan...Menambahkan ilmu kamu oleh dan dengan percakapannya....serta...menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk ke akhirat....( Hadis Riwayat : Tarmizi )

           Sahabat...kawan...teman adalah istilah yang sama mungkin sedikit berbeza dari sudut bahasanya....(mohon maaf kalau tersalah..) apapun ia menceritakan perihal seseorang yang mungkin rapat dengan kita yang tiada pertalian saudara dan sebagainya, maka itulah yang dinamakan kawan... Ramai yang memberi persepsi yang berbeza dalam memilih kawan...terpulang pada citarasa masing-masing...Namun seharusnya kawan yang dipilih itu bukanlah kerana rupa...bukanlah kerana harta atau kesenangannya...atau..bukanlah kerana pandai dan bijaknya dia...atau kerana apapun jua....Tetapi pilihlah teman yang meletakkan Allah itu segalanya...atau pilihlah teman yang 'membawa' kamu terus untu mendekatiNya...atau pilihlah teman yang boleh mendengar dan berkongsi ilmu Allah bila kamu bersamanya....

Thursday, 4 October 2012

Jiran Nabi s.a.w. di dalam syurga...

                 
Tersentuh hati tatkala membaca salah satu artikel yang terdapat dalam majalah solusi yang lama-lama....Mari kita kongsikan bersama-sama...

                   Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Rabi'ah Bin Ka'ab al-Aslami suatu ketika pernah melayani Nabi s.a.w. dengan penuh khidmat. Beliau mengambilkan air untuk berwuduk kepada Baginda setiap kali hendak solat, juga memenuhi semua hajat dan keperluan Baginda.

                  Untuk membalas kebaikan ini, Rasullullah s.a.w. bersabda kepadanya: "Wahai Rabi'ah, mintalah sesuatu daripadaku."

                   Rabi'ah menjawab:"Aku minta agar dapat bersama Tuan nanti di syurga."

                   Baginda bersabda lagi:"Apakah ada permintaan yang lain?..."

                   Rabi'ah berkata :"Itu sahaja."

                  Rasullullah lalu bersabda yang bermaksud:"Maka bantulah aku dalam perbanyakkan sujud."(Riwayat Muslim)

                  Hadis ini membuka jalan bagi kita untuk menjadi jiran Rasullullah s.a.w. di dalam syurga firdausi, yakni dengan cara memperbanyakkan solat sunah yang kita lakukan, Semakin banyak rakaat solat sunah yang kita lakukan, semakin besar kesempatan kita untuk menempati syurga firdaus bersama-sama Rasullullah s.a.w.

                  .....Terfikir sejenak...bilakah agaknya kita dapat menjadikan solat2 sunah ( Solat Dhuha, Solat Tahajud dan sebagainya..) itu sebagai rutin hidup kita...Berdoalah agar Allah memberi kesempatan untuk kita ber'tahajud' denganNya di tengah malam....Amin...