Wednesday, 3 October 2012

Lapang Sebelum Sempit....


Mengimbas kembali saat diriku diberi olehNya menikmati kesibukan yang amat sangat....termenung sendiri mengenangkan saat-saat itu...Tatkala fikiran ini serabut dengan assigment yang ada, dengan program sekolah yang tidak henti, dengan tuisyen dirumah...hampir-hampir aku ingin melepaskan beban yang satu itu...rasanya sudah ku bertekad untuk berhenti sahaja lantaran ada beberapa assignment yang tak mampu ku selesaikan..Bukan suami tidak membantu...tetapi mungkin itu semua ujian dari Allah...ketika itu jugalah laptop suamiku rosak..alhamdullillah dengan izin Allah kami dapat membeli yang baru (Terima Kasih Allah..)..tetapi itu juga bukan penyelesaiannya...kerana semuanya memerlukan rakaman video yang mana mungkin aku lakukan kerana aku tidak memperolehi  video mahupun hp canggih untuk merekodkan semua itu...Ketika itu aku buntu. Aku langsung tidak terlihat jalan keluarnya dimana. Suatu malam ketika semuanya sedang lena...aku termenung sendiri sambil hati ini menangis memikirkan semua itu....Tiba-tiba aku rasa terbangkit dengan bisikan hati...yang mengatakan...bukankah aku ada Allah?...dan Allah  lah sebaik2 tempat untuk mengadu...selalu Ustaz Ariffin berpesan letaklah Allah itu yang pertama, dahulukan Allah dalam apa jua urusan...Insha Allah, Allah akan bantu kita....Terus2an airmata ini mengalir dengan deras...Ya Allah....ampuni segala dosaku Ya Allah....kerana aku terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga aku terlupa seketika dengan kuasa Mu Ya Allah....Ya Allah Engkau dekatkan hati ku ini pada Mu Ya Allah...jangan Engkau tarik hati ini menjauhi Mu...tidak henti-henti aku berdoa pada malam itu...sehingga tidak sedar ketika bila aku terlena...
       Terima Kasih Allah....atas sedikit kesedaran yang Engkau pinjamkan padaku malam tadi....Esok, setibanya disekolah, Syafiq (cikgu praktikal) menanyaku bila boleh dia rakamkan 'mikro teaching' yang ingin ku buat...Kerana sebelum ini puas sudah aku mengadu pada adik2 dan rakan2 di bilik guru....(antaranya Aishah,Syukri,Syafiq,Kak Som, Zaza, Za dan beberapa orang lagi)....Alhamdulillah Syafiq menghulurkan bantuan ketika aku memerlukan...Terima Kasih Allah kerna Kau hulurkan Syafiq untuk membantuku....terlerai senyuman dibibirku...Syukri dan Aishah tak henti-henti memberi kata2 semangat dan perangsang kepadaku...terima kasih adik2...keprihatinan kalian moga Allah sahaja membalasnya...Aku meneruskan usaha dengan menghubungi Nazirah (seorang lagi adik yang berhati mulia...) untuk membantu aku membuat mikro teaching...hanya seketika sahaja aku memberitahunya, lantas esoknya ..Subhanallah...terharunya aku bila adik2 ni tadi bertungkus lumus membantu aku...dari bahan BBM, lembaran kerja, anak2 pemulihan, kelas, video...semuanya mereka sudah sediakan dengan selengkapnya.....terharunya aku....Terima Kasih Allah atas nikmat yang Engkau pinjamkan padaku...semuanya berjalan lancar...Buat anak-anak pemulihan...terima kasih sayang...tanpa kalian mungkin Cikgu tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sebaiknya.....walaupun anak2 pemulihan ini serba kekurangan namun siapa sangka dalam kekurangan itu mereka mampu melengkapkan impian dan cita-cita orang lain...Maha Hebatnya Allah...
          Selesai sudah sebahagian 'tugasan'ku...namun masih banyak tugasan yang belum diselesaikan.... yang menjadi permasalahannya ialah kesemua tugasan itu perlu divideokan, direkod dan sebagainya. Kesemuanya melibatkan penggunaan internet...'line' dirumahku sangatlah menyedihkan....jadi mahu tak mahu aku terpaksa juga melayari internet itu disekolah...walaupun sebenarnya rasa bersalah sangat2 bila terpaksa memperuntukkan sebahagian masaku disekolah dengan melayari internet...rasa bersalah sangat2 pada rakan rumah 'kuning' memandangkan ketika itu sekolah sedang sibuk dengan sukan tahunan. Kejap2 aku terpaksa 'hilangkan' diri lantaran terpaksa mencari bahan di internet. Dalam pada sibuk mereka membuat raptai sukan, aku cuba curi2 menghampiri Syukri untuk meminta bantuannya mencari video2 yang bersesuaian di internet....alhamdulillah Syukri menghulurkan bantuannya....terima kasih Syukri atas bantuan yang diberikan...Thank You Allah...
            Tugasanku hampir selesai apabila suamiku meneruskan sebahagian tugasan yang sememangnya tidak mampu aku laksanakan....dia terpaksa bersengkang mata semata2 untuk membantuku...terima kasih sayang....atas segala usaha, masa, tenaga dan keprihatinan yang dicurahkan.....Moga Allah terus meletakkan dirimu sebagai suami yang Soleh...dunia dan akhirat.....
             Hampir 2 minggu rutin harianku begitu sibuk....sehingga kadang2 terasa amat letih dan penat sekali.....namun cepat2 hati ini berbisik...Sibukkanlah dirimu dengan Allah...pasti Allah akan membantumu...Kadangkala bila kita sibuk, bila kita penat, bila kita letih...kita terlupa segala nikmat sibuk, letih dan penat itu semuanya datang dari Allah...jadi wajarlah kita bersyukur padaNya sebanyak mungkin...Bersyukur yang bagaimana?...hanya perlu ucap syukur..? Cukupkah sekadar itu...sedang Allah sudah memberi segala nikmat kesenangan pada kita mana mungkin hanya  sekeluh rasa syukur sahaja yang kita ucapkan....Tetapi peruntukkanlah waktu untuk mendekatiNya...perlapangkanlah waktu sempit kita dengan berbicara denganNya... perbanyakkanlah masa untuk bertafakur kepadaNya.... Kadang2 manusia ini...terlalu perfect dan bersungguh2 dalam melaksanakan tugasan dunia..tetapi sesempurna mana bila dia beribadah kepada Allah?...ada juga yang berkata..."ok lah tu saya solat dari orang yang tak solat!"....Bukankah kita patut rasa malu dengan Pencipta kita? Betapa sombongnya kita dengan sang Pencipta...terasa semuanya 'ok'...walhal hakikatnya tidak....Cuba kita lihat ; bila kita ingin membeli rumah...betapa cerewet kita dalam memilih...harga, lokasi, binaanya dan sebagainya...bila rumah sudah dimiliki...berusaha pula untuk mencantik2kannya (fitrah manusia sukakan kecantikan..)... Kalau boleh tak mahu nampak rumah itu selerak atau comot....sentiasa dalam keadaan kemas bersih dan teratur....begitu teliti kita dalam mencorakkan impian dan cita-cita kita....Bukan keluasan rumah yang harus kita sibukkan tetapi utama kan 'pengisian' dalam mahligai yang kita bina itu...tahukah kita? Jika kita suka dengan kesempurnaan...makanya Allah Lebih Maha Sempurna...malulah rasanya kalau hanya beberapa minit sahaja kita peruntukkan untuk 'beribadah' denganNya..sedang banyak masa kita peruntukkan dengan hal duniawi...sedang baju yang dibeli kalau ter'cacat' sedikit pun kita sudah merungut...apatah lagi Allah....tentunya ia mahukan hambanya begitu 'cerewet' juga dalam menunaikan ibadah kepadaNya....
           Biasa sangat kita mendengar alunan lagu...' ingat 5 perkara sebelum 5 perkara....lapang sebelum sempit....Justeru itu jangan biarkan diri kita dikuasai nafsu yang selalu membisikkan...'mana sempat..'..'sibuklah..'anak kacau..'tak de masa lah'...'Cepat2lah berdoa pada Allah agar kita sentiasa diberi kelapangan olehNya....Oleh itu...sambil mengingatkan diri sendiri...isilah masa lapangmu, sempitmu dengan mendekatkan diri dengan Allah...Matlamat hidup kita yang sebenar adalah untuk menjadi hamba dan khalifahnya....Jadilah muslim dan muslimah yang berpegang pada syariat Allah...agar Islam itu dipandang indah...Berpesan2lah pada perkara2 kebaikan...Bertegurlah pada perkara kemungkaran.....Moga Allah limpahkan rahmat dan nikmat pada kita semua....
                   Amin...Ya Rabb....

No comments:

Post a Comment