Tersentuh hati tatkala membaca salah satu artikel
yang terdapat dalam majalah solusi yang lama-lama....Mari kita kongsikan
bersama-sama...
Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama Rabi'ah Bin Ka'ab al-Aslami suatu
ketika pernah melayani Nabi s.a.w. dengan penuh khidmat. Beliau mengambilkan
air untuk berwuduk kepada Baginda setiap kali hendak solat, juga memenuhi semua
hajat dan keperluan Baginda.
Untuk membalas kebaikan ini, Rasullullah s.a.w. bersabda kepadanya:
"Wahai Rabi'ah, mintalah sesuatu daripadaku."
Rabi'ah menjawab:"Aku minta agar dapat bersama Tuan nanti di
syurga."
Baginda bersabda lagi:"Apakah ada permintaan yang lain?..."
Rabi'ah berkata :"Itu sahaja."
Rasullullah lalu bersabda yang bermaksud:"Maka bantulah aku dalam
perbanyakkan sujud."(Riwayat Muslim)
Hadis ini membuka jalan bagi kita untuk menjadi jiran Rasullullah s.a.w.
di dalam syurga firdausi, yakni dengan cara memperbanyakkan solat sunah yang kita
lakukan, Semakin banyak rakaat solat sunah yang kita lakukan, semakin besar
kesempatan kita untuk menempati syurga firdaus bersama-sama Rasullullah s.a.w.
.....Terfikir sejenak...bilakah agaknya kita dapat menjadikan solat2
sunah ( Solat Dhuha, Solat Tahajud dan sebagainya..) itu sebagai rutin hidup
kita...Berdoalah agar Allah memberi kesempatan untuk kita ber'tahajud'
denganNya di tengah malam....Amin...
No comments:
Post a Comment