Tuesday, 9 October 2012

Sahabat..

                  
           Terbaca satu hadis yang berbunyi....Sebaik-baik sahabat ialah, mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah s.w.t. bila kamu melihatnya....Dan...Menambahkan ilmu kamu oleh dan dengan percakapannya....serta...menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk ke akhirat....( Hadis Riwayat : Tarmizi )

           Sahabat...kawan...teman adalah istilah yang sama mungkin sedikit berbeza dari sudut bahasanya....(mohon maaf kalau tersalah..) apapun ia menceritakan perihal seseorang yang mungkin rapat dengan kita yang tiada pertalian saudara dan sebagainya, maka itulah yang dinamakan kawan... Ramai yang memberi persepsi yang berbeza dalam memilih kawan...terpulang pada citarasa masing-masing...Namun seharusnya kawan yang dipilih itu bukanlah kerana rupa...bukanlah kerana harta atau kesenangannya...atau..bukanlah kerana pandai dan bijaknya dia...atau kerana apapun jua....Tetapi pilihlah teman yang meletakkan Allah itu segalanya...atau pilihlah teman yang 'membawa' kamu terus untu mendekatiNya...atau pilihlah teman yang boleh mendengar dan berkongsi ilmu Allah bila kamu bersamanya....

No comments:

Post a Comment